Untuk kamu yang sedang menunggu,
Saya juga pernah menunggu seperti kamu. Saya juga pernah merasa putus asa ketika menunggu. Kerana menunggu sesuatu yang tidak pasti. Sangat memenatkan. Sangat menyakitkan. Kamu bermain teka teki dengan hati. Tetapi, antara fikiran dan hati. Yang mana satu selalu menang? Kamu tahu jawapannya.
Fikiran kata, pergi. Hati kata, nanti. Akhirnya kamu masih begitu. Menunggu dan terus menunggu. Dahulu, seseorang pernah bertanya. Saya tak penatkah menunggu. Saya memang penat. Saya rasa sakit. Saya terguris. Saya menangis. Ada sesuatu yang menyuruh saya terus menunggu. Satu semangat yang sukar untuk dijelaskan. Tiada apa yang masih terus, kalau hati kamu kata…Berhenti. Cukuplah segalanya sampai di sini.
Kalau kamu masih mahu menunggu. Teruskan menunggu. Cuma jangan terlalu lama. Kerana, ketika kita menunggu. Banyak perkara yang sedang berlari meninggalkan kita.
Tamatkanlah segala teka teki. Pastikan isi hati.
Cuma menunggu miracle
No comments:
Post a Comment